Pemilik tangkap pelancong wanita buang air besar di luar restoran

Pemilik tangkap pelancong wanita buang air besar di luar restoran

Pemilik tangkap pelancong wanita buang air besar di luar restoran
GAMBAR sebuah restoran di Rawai, Phuket. – Foto Phuket Net

BANGKOK – Seorang pemilik restoran di pantai Rawai, Phuket menangkap seorang pelancong asing wanita kerana membuang air besar di luar premisnya, lapor portal berita Thaiger hari ini.

Pemilik restoran terapung popular itu menggesa pihak berkuasa tempatan memasang lebih banyak tandas awam untuk pelancong asing.

Pannatat Asawapitakchon menggunakan media sosial untuk berkongsi pengalaman tidak menyenangkan itu pada waktu malam 22 Mei lalu.

“Pada mulanya, dia tidak menerima tanggungjawab (membersihkan najis). Namun, selepas bercakap sebentar, dia pergi membersihkan tempat dia membuang air besar.

“Saya terpaksa membersihkannya semula kerana ia (tempat membuang najis itu) tidak betul-betul dibersihkan,” katanya seperti dilaporkan oleh portal berita Khaosod.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum


Dalam catatan terbaharu, dia menyatakan bahawa tandas restorannya sedia untuk digunakan walaupun kepada bukan pelanggan.

Apabila restoran itu ditutup, pilihan terhad memaksa sesetengah pelancong untuk menggunakan alternatif yang tidak sesuai. – AGENSI

Pemilik tangkap pelancong wanita buang air besar di luar restoran


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Game Over Kepada Ahmad Terrirudin

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker