Pelancong China berenang dalam tangki air kondominium

Pelancong China berenang dalam tangki air kondominium

Pelancong China berenang dalam tangki air kondominium
SEORANG pelancong China dibawa turun dari tangki air. – Foto The Pattaya News

BANGKOK – Seorang pelancong China yang memakai baju tidur  terjun ke dalam tangki air di atas bumbung sebuah bangunan kondominium di Pattaya, lapor portal berita The Pattaya News semalam.

Pusat Radio Yayasan Sawang Boriboon di Pattaya menerima laporan tentang kejadian itu dan bekerjasama dengan polis serta agensi berkaitan yang melakukan siasatan.

Pelancong  dikenali sebagai Mr. Q itu merupakan warga China berusia 26 tahun. Dia  ditemukan anggota-anggota penyelamat terapung di dalam tangki setinggi dua tingkat dengan memakai baju tidur.

Anggota-anggota penyelamat membawa peralatan mereka ke atas bumbung dan menggunakan tangga serta tali untuk membawanya turun dalam operasi menyelamat lebih 30 minit.

Pada hari kejadian, dia naik ke tangki air dan terjun seolah-olah mahu berenang.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum


Pekerja kondominium menyedari keadaan itu dan memaklumkan kepada rakannya yang kemudian meminta bantuan.

Pada mulanya, polis mengumpul bukti dan menyemak rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) untuk mengenal pasti bagaimana  pelancong itu boleh pergi ke lokasi kejadian.

Pelancong itu dihantar ke hospital untuk rawatan psikiatri dan pihak berkuasa akan menyiasat punca kejadian. – AGENSI

Pelancong China berenang dalam tangki air kondominium

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Game Over Kepada Ahmad Terrirudin

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker