Tokan dadah ditahan, polis rampas hampir 70kg ganja

Tokan dadah ditahan, polis rampas hampir 70kg ganja 

Tokan dadah ditahan, polis rampas hampir 70kg ganja
– Foto hiasan.

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki disyaki tokan dadah dan merampas ganja seberat 69.82 kilogram (kg) dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Melawati, di sini.

Dalam operasi Khamis lalu, pemeriksaan di rumah berkenaan menemukan 66 ketulan bungkusan mampat ganja bernilai RM216,457 dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Deputi Komisiover Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali, berkata suspek berusia 44 tahun berperanan sebagai tokan dipercayai aktif sejak November lalu.

“Dia mempunyai dua rekod membabitkan jenayah serta dadah. Siasatan lanjut mendapati dadah berkenaan dibawa masuk dari negara jiran melalui sempadan Perlis sebelum dibawa ke Lembah Klang untuk pasaran tempatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mat Zani berkata, pihaknya turut mengambil tindakan mengikut Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 ke atas motosikal jenis Ducati milik suspek dianggarkan bernilai RM29,500, menjadikan nilai keseluruhan rampasan sebanyak RM245,957.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum


Tokan dadah ditahan, polis rampas hampir 70kg ganja

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Game Over Kepada Ahmad Terrirudin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker