Liverpool tawar RM624 juta dapatkan Florian Wirtz, lebih mahal daripada Salah

Liverpool tawar RM624 juta dapatkan Florian Wirtz, lebih mahal daripada Salah

Liverpool tawar RM624 juta dapatkan Florian Wirtz, lebih mahal daripada Salah
Pemain Bayer Leverkusen Florian Wirtz. – Foto Reuters

London: Liverpool membuat kejutan apabila mengemukakan tawaran lumayan £109 juta (RM624 juta) bagi mendapatkan bintang muda Bayer Leverkusen, Florian Wirtz, menurut laporan semalam.

Tawaran baharu itu dilaporkan mengandungi klausa tambahan prestasi, sekali gus berpotensi menjadikan pemain tengah Jerman itu sebagai pembelian termahal dalam sejarah kelab Merseyside itu.

Wirtz, 22, turut menjadi buruan gergasi Bundesliga, Bayern Munich serta juara England, Manchester City, namun sumber terdekat mendedahkan pemain itu lebih cenderung menyertai Liverpool sebelum musim baharu bermula.

Pengarah sukan Leverkusen, Simon Rolfes, sebelum ini mendedahkan bahawa Liverpool menunjukkan “minat konkrit” terhadap pemain muda berpotensi tinggi itu.

Namun Ketua Pegawai Eksekutif Leverkusen, Fernando Carro, memberi amaran bahawa kelab tidak akan melepaskan Wirtz dengan harga bawah £125 juta (RM715 juta).


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum


Wirtz menyerlah sepanjang musim lalu apabila memainkan peranan penting dalam membantu Leverkusen menjulang kejuaraan Bundesliga pertama dalam sejarah kelab.

Dia menjaringkan 10 gol daripada 31 penampilan Bundesliga, dan merekodkan 57 gol dalam 197 aksi sejak membuat penampilan sulung bersama kelab itu pada usia 17 tahun, selepas berpindah dari Cologne pada 2020.

Liverpool tawar RM624 juta dapatkan Florian Wirtz, lebih mahal daripada Salah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Game Over Kepada Ahmad Terrirudin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker