Lelaki maut selepas lori rempuh motosikal ditunggang, gerai penjaja, pagar masjid
Lelaki maut selepas lori rempuh motosikal ditunggang, gerai penjaja, pagar masjid

SUNGAI BULOH: Seorang lelaki maut dirempuh lori dalam kejadian di hadapan Masjid Bandar Baru Sungai Buloh, di sini, tengah hari tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan pada jam 1.36 tengah hari.
“Kemalangan membabitkan sebuah lori yang merempuh sebuah motosikal dan melanggar gerai penjaja serta pagar masjid.
“Terdapat seorang mangsa lelaki tempatan berusia 30 tahun tersepit di bawah lori dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.
Beliau berkata, mangsa dibawa keluar dari bahagian bawah lori itu jam 1.44 tengah hari.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
“Saya mengesahkan kejadian ini selepas satu laporan polis dibuat dan pihak kami akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat selepas siasatan di tempat kejadian selesai dijalankan,” katanya.
Terdahulu tular beberapa gambar kemalangan di lokasi berkenaan di media sosial.
Lelaki maut selepas lori rempuh motosikal ditunggang, gerai penjaja, pagar masjid
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.