Lelaki hilang di Bera ditahan di Brinchang ada masalah mental

Lelaki hilang di Bera ditahan di Brinchang ada masalah mental

Lelaki hilang di Bera ditahan di Brinchang ada masalah mental

CAMERON HIGHLANDS: Seorang lelaki yang tular di media sosial kerana didakwa ditahan polis secara agresif di kawasan Centrum, Brinchang pada malam 28 Mei lalu disahkan sebagai individu yang dilaporkan hilang di Daerah Bera.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Penolong Superintendan AzriRamli berkata pihaknya menerima panggilan orang awam berhubung seorang lelaki yang didakwa membuat bising dan mengganggu ketenteraman jam 11 malam tadi.

“Pasukan Ronda Cegah Jenayah (RCJ) telah dihantar ke lokasi dan mendapati lelaki berkenaan bertindak agresif serta enggan bekerjasama. Polis terpaksa menggunakan kekerasan minimum ketika menahan lelaki itu bagi mengawal situasi.

“Hasil siasatan mendapati lelaki tersebut telah dilaporkan sebagai orang hilang (OH) di Balai Polis Triang, Bera. Penahanan di Cameron Highlands pula direkodkan di bawah laporan Brinchang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, setelah menghubungi ahli keluarganya, polis telah membawa individu tersebut ke hospital dan disahkan mengalami masalah mental.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum


“Lelaki itu kemudian diserahkan kepada keluarganya dan dibawa pulang ke Bera untuk rawatan dan pemantauan lanjut.

“Dalam perkembangan berkaitan, pihak polis turut mengesan satu video tular menunjukkan seorang individu awam dipercayai menumbuk lelaki tersebut semasa kejadian. Polis menyeru individu berkenaan tampil membantu siasatan,” katanya.

Lelaki hilang di Bera ditahan di Brinchang ada masalah mental

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Game Over Kepada Ahmad Terrirudin

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker