Jiran tahu warga emas mati sendirian selepas terhidu bau busuk

Jiran tahu warga emas mati sendirian selepas terhidu bau busuk

Jiran tahu warga emas mati sendirian selepas terhidu bau busuk
Mayat warga emas mati sendirian ditemui di salah sebuah bilik pangsapuri di Papar semalam. – Foto PDRM

PAPAR: Bau busuk dihidu jiran membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki warga emas yang tinggal bersendirian di sebuah pangsapuri di sini, semalam.

Mayat lelaki berusia 68 tahun itu ditemui pada jam 9.10 malam sebaik pintu rumahnya dibuka bomba.

Ketua Polis Daerah Papar, Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka berkata pihaknya menerima panggilan orang awam yang mengatakan terhidu bau busuk dari rumah mangsa dan mengesyaki sesuatu mencurigakan.

“Sebaik tiba di lokasi mendapati pintu rumah mangsa masih dalam keadaan terkunci. Pasukan bomba yang hadir kemudian membuka pintu rumah mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Pemeriksaan pada mayat mangsa di tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah atau khianat,” katanya.

Jiran tahu warga emas mati sendirian selepas terhidu bau busuk

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Game Over Kepada Ahmad Terrirudin

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker