Gajah ‘kecil’ tarik SUV keluar dari dasar sungai

Gajah ‘kecil’ tarik SUV keluar dari dasar sungai

Gajah ‘kecil’ tarik SUV keluar dari dasar sungai
SEEKOR gajah menarik SUV di Kerala. – Foto Said Alavikoya/Instagram

NEW DELHI – Satu kemalangan kecil di negeri Kerala mencuri tumpuan apabila seekor gajah digunakan untuk menarik sebuah kenderaan utiliti sukan(SUV) yang terkandas, keluar dari dasar sungai, lapor portal berita India Today semalam.

Klip video pendek kejadian yang disiarkan oleh pengguna Instagram, Said Alavikoya itu kemudian  tular di media sosial dan mencatatkan lebih dua juta tontonan

Kenderaan Toyota Fortuner putih itu terperangkap di dasar sungai dengan tiga rodanya tenggelam.

Harapan untuk membebaskan SUV itu hampir pudar sehinggalah bantuan tiba iaitu seekor gajah jantan bersama pengembalanya.

Menggunakan tali diikat pada gandar hadapan kenderaan, gajah itu menarik SUV dengan belalainya di bawah arahan gembala.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum


“Gajah kecil kami,” demikian menurut kapsyen dalam klip video itu.

Gajah ‘kecil’ tarik SUV keluar dari dasar sungai

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Game Over Kepada Ahmad Terrirudin

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker