Gagal memotong di garisan berkembar punca Myvi bertembung bas ekspres – Polis

Gagal memotong di garisan berkembar punca Myvi bertembung bas ekspres – Polis

Gagal memotong di garisan berkembar punca Myvi bertembung bas ekspres - Polis
Kereta Myvi yang remuk selepas bertembung bas ekspres dalam kemalangan di Jalan Kuala Krai-Gua Musang di Kampung Sungai Sam, Kuala Krai menyebabkan tiga maut. – Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

KUALA KRAI: Gagal memotong dipercayai punca Perodua Myvi dinaiki tiga beranak bertembung sebuah bas ekspres di Jalan Kuala Krai-Gua Musang di Kampung Sungai Sam, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, tiga beranak dari Johor Bahru yang maut adalah Mohamad Faris Kamaludin, 24, isterinya, Nur Atikah Najihah Mohd Shah Penilzain, 18, serta ibu kepada Nur Atikah Najihah iaitu Nurul Ain Abdul Rahim, 39.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat berkata ketiga-tiga mangsa yang menaiki Perodua Myvi disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Siasatan awal mendapati kereta yang dinaiki mangsa dari arah Gua Musang menghala ke Kota Bharu, manakala bas ekspres dari Kota Bharu menghala Kuala Lumpur.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, Perodua Myvi dipercayai cuba memotong kenderaan lain dan tidak lepas sebelum bertembung bas ekspres yang datang dari arah bertentangan di jalan garisan berkembar.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum


“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra Kuala Krai untuk dibedah siasat,” katanya.

Gagal memotong di garisan berkembar punca Myvi bertembung bas ekspres – Polis


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Game Over Kepada Ahmad Terrirudin

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker