Anggota tentera maut dirempuh lori ketika baru tiba di masjid untuk solat Jumaat
Anggota tentera maut dirempuh lori ketika baru tiba di masjid untuk solat Jumaat

KUALA LUMPUR: Lelaki yang maut selepas dirempuh sebuah lori di Masjid Bandar Baru, Sungai Buloh, tengah hari tadi adalah anggota tentera yang baru tiba untuk menunaikan solat Jumaat.
Dalam kejadian jam 1.35 tengah hari itu, mangsa yang menunggang motosikal dari Kem Tentera Paya Jaras, Sungai Buloh dirempuh lori yang dipercayai hilang kawalan akibat masalah brek ketika sedang membelok masuk ke kawasan parkir di belakang masjid.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor, berkata lori berkenaan terus merempuh mangsa hingga terperosok ke bawah lori dan pada masa sama turut merempuh sebuah motosikal yang sedang di parkir, gerai makanan serta dinding masjid.
“Mangsa yang tersepit di bawah lori disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di tempat kejadian sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk tindakan selanjutnya.
Mohd Hafiz berkata, pada masa ini siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan terhadap pemandu lori berusia 39 tahun itu sedang dijalankan.
“Sekiranya disabitkan kesalahan, pemandu lori boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang lima tahun atau tidak melebihi 10 tahun dan denda tidak kurang RM20,000 hingga RM50,000.
“Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dan boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Che Hassan Ambok, di talian 013-3940423 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh di talian 03-61561222.
Anggota tentera maut dirempuh lori ketika baru tiba di masjid untuk solat Jumaat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.