Pemandu e-hailing mengaku samun kedai emas, cederakan warga emas untuk bayar hutang along
Pemandu e-hailing mengaku samun kedai emas, cederakan warga emas untuk bayar hutang along

MELAKA: Pemandu e-hailing dituduh di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini, atas pertuduhan merompak kedai emas dan mencederakan seorang wanita warga emas, minggu lalu.
Melvin Yen Wei Shern, 29, mengaku bersalah sejurus pertuduhan berkenaan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam prosiding di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.
Mahkamah bagaimanapun menangguhkan kes untuk fakta dan hukuman pada 10 Jun depan selepas dipohon pihak pendakwaan bagi menyediakan fakta kes.
Mengikut pertuduhan, Melvin didakwa melakukan rompakan dan dengan sengaja mencederakan Koh Kim Lye, 70, di Kedai Emas Tai Kwong, No. 22, Jalan Jawa, Kampung Jawa dalam daerah Melaka Tengah pada 22 Mei 2025, kira-kira 11 pagi.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan (Akta 574), sabit kesalahan boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun dan hendaklah dikenakan denda atau sebat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
Timbalan Pendakwa Raya Wardah Ishhar mencadangkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin dan tidak dibantah peguam Kent Tan Chow Teng.
Mahkamah tidak membenarkan jaminan dan kes ditetapkan untuk fakta dan hukuman pada 10 Jun depan.
Berdasarkan siasatan polis tertuduh melakukan rompak untuk membayar hutang ahlong.
Pemandu e-hailing mengaku samun kedai emas, cederakan warga emas untuk bayar hutang along
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
You must be logged in to post a comment.