Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
21 Mei 2025, mantan Perdana Menteri, DS Najib, memfailkan prosiding menghina mahkamah ke atas mantan Peguam Negara yang kini adalah hakim Mahkamah Persekutuan, Ahmad Terrirudin Salleh.
Ianya difailkan melalui peguam beliau, Tetuan Shafee & Co.
DS Najib mendakwa Terrirudin, ketika menjawat jawatan Peguam Negara, gagal mendedahkan wujudnya titah adendum oleh YDP Agong ketika itu yang membenarkan DS Najib menjalani baki hukuman penjaranya bawah tahanan rumah.
Walaupun mengetahui perkara itu, Terrirudin mengarahkan pegawainya menyatakan kepada mahkamah bahawa perkara itu hanyalah satu spekulasi.
Arahan tersebut dibuat oleh Terrurudin kepada pasukan peguam dari Jabatan Peguam Negara ketika perbicaraan di Mahkamah Tinggi.
Bersifat fishing expedition dan berasaskan keterangan dengar cakap.
“Sebagai seorang penjawat awam, bekas peguam negara mempunyai kewajipan terus-terang (duty of candour) kepada mahkamah.”
“Kegagalan sengaja untuk berbuat demikian menjejaskan keyakinan awam terhadap sistem keadilan.”
“Malah merupakan satu halangan terhadap keadilan itu sendiri,” menurut kenyataan dari peguam DS Najib.
Apa Pendirian Terrirudin Sekarang?
Namun ketika semakan kehakiman di peringkat Mahkamah Rayuan, pihak mahkamah telah mengesahkan kewujudan titah adendum tersebut.
Ianya adalah berdasarkan kepada salinan titah tersebut disampaikan kepada DS Najib menerusi anaknya, Datuk Nizar.
Kesahihannya disahkan secara bertulis oleh Majlis Kesultanan Pahang pada 4 Jan 2025.
Tetapi sekali lagi Jabatan Peguam Negara melalui Peguam Negara yang baharu, Dusuki Mokhtar, memanjangkan isu tersebut dengan mencabar keputusan Mahkamah Rayuan di Mahkamah Persekutuan.
Namun ianya lebih kepada teknikal perundangan dari merit kes yang asal mengenai kewujudan titah adendum tersebut.
Manakala prosiding manghina mahkamah yang difailkan DS Najib adalah terarah kepada tindakan Terrirudin atas kapasiti beliau sebagai Peguam Negara yang dengan sengaja menghina mahkamah melalui arahan yang salah kepada pegawai beliau.
Isi sama ada titah tersebut wujud atau tidak sudah tidak menjadi isu lagi kerana Mahkamah Rayuan sudah mengesahkannya.
Implikasi dari arahan yang salah dari Terrirudin atas kapasiti sebagai Peguam Negara telah menyebabkan Mahkamah Tinggi telah khilaf membuat keputusan.
Ini adalah satu penghinaan yang cukup serius terhadap sistem kehakiman negara.
Dan beliau kini adalah hakim Mahkamah Persekutuan, peringkat mahkamah tertinggi di dalam sistem kehakiman negara.
Apakah jaminan beliau tidak akan mengulangi perkara yang sama ketika diamanahkan untuk mengendalikan sesuatu kes di peringkat Mahkamah Persekutuan?
Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
Di Syorkan Untuk Anda:
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
You must be logged in to post a comment.