28 penumpang, pemandu terselamat bas ekspres terbakar di Taiping

28 penumpang, pemandu terselamat bas ekspres terbakar di Taiping

28 penumpang, pemandu terselamat bas ekspres terbakar di Taiping
Kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres yang menyeret sebuah motosikal yang terbabas sehingga menyebabkan bas dianggarkan 90 peratus musnah terbakar. – Foto Bernama

IPOH: Seramai 28 penumpang dan seorang pemandu bas ekspres terselamat apabila kenderaan yang dinaiki mereka terbakar dalam kemalangan di Kilometer 406 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Kamunting, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata pihaknya menerima panggilan pada 9.50 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting dan Taiping bergegas ke lokasi kejadian.

“Kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres yang telah menyeret sebuah motosikal yang terbabas pada ketika itu sehingga menyebabkan bas terbabit dianggarkan 90 peratus musnah terbakar.

“Sebanyak 28 penumpang di dalam bas telah berjaya dikeluarkan dengan selamat sebelum bomba sampai di lokasi kejadian dan kesemua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan awal pagi tadi.

Beliau berkata penunggang motosikal yang mengalami kecederaan ringan telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum


Katanya, kebakaran bas itu dapat dipadamkan sepenuhnya dengan operasi tamat pada 10.33 malam. – BERNAMA

28 penumpang, pemandu terselamat bas ekspres terbakar di Taiping


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Game Over Kepada Ahmad Terrirudin

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker