Tidak sangka latihan singkat dua hari mampu tumbangkan United – Sang-sik
Tidak sangka latihan singkat dua hari mampu tumbangkan United – Sang-sik

Kuala Lumpur: Sesi latihan singkat selama dua hari yang ditempuhi skuad Asean All-Star nyata mengejutkan pengendali pasukan, Kim Sang-sik yang tidak menyangka mampu menewaskan kelab gergasi Eropah, Manchester United.
Jelas jurulatih pasukan kebangsaan Vietnam itu, beliau menghargai persembahan dipamerkan para pemainnya walaupun berdepan persiapan singkat.
“Beraksi menentang salah satu kelab terbaik dunia, ia satu perlawanan yang hebat serta persembahan yang cukup menakjubkan oleh pasukan kami.
“Pada akhirnya, kami berjaya meraih kemenangan 1-0, jadi kami sangat gembira. Kami hanya sempat menjalani latihan selama dua hari, namun mereka bermain seolah-olah telah bersama lama.
“Pasukan bermain dengan sangat tersusun dan kami amat berpuas hati dengan pencapaian itu,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
Dalam perlawanan itu, jaringan tunggal daripada Mg Mg Lwin pada minit ke-71 sudah cukup untuk menewaskan pasukan Liga Perdana Inggeris itu.
Pasukan Asean All-Stars adalah gabungan pemain Asean yang dipilih untuk mewakili pasukan itu.
Dalam pada itu, Sang-Sik berterima kasih kepada semua penyokong yang hadir dalam perlawanan itu.
“Kami amat menghargai peluang ini dan berterima kasih atas perlawanan ini,” katanya.
Tidak sangka latihan singkat dua hari mampu tumbangkan United – Sang-sik
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.