Tetak lelaki, 2 individu akan didakwa esok
Tetak lelaki, 2 individu akan didakwa esok
SUBANG: Dua individu yang disyaki terbabit kejadian tetak seorang lelaki sehingga parah di sebuah pangsapuri di Taman Puchong Intan, Puchong di sini, pada Sabtu lalu akan didakwa esok.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, arahan dikeluarkan Timbalan Pendakwa Raya (TPR), selepas polis merujuk kertas siasatan kes berkenaan kepada pihak pendakwaan itu hari ini.
“Seorang suspek akan didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan manakala seorang lagi suspek akan didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
“Bagaimanapun, seorang suspek iaitu bekas suami kepada teman wanita mangsa dibebaskan dan dijadikan saksi pendakwaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam kejadian pada Sabtu lalu, seorang lelaki tempatan parah ditetak tiga lelaki termasuk bekas suami kekasihnya gara-gara cemburu dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Taman Puchong Intan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
Media melaporkan, polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada wanita tempatan memaklumkan teman lelakinya dipukul dan ditetak pada jam 2.15 pagi.
Mangsa berusia 47 tahun itu dipukul dan ditetak di kepala dan badan oleh bekas suami wanita terbabit bersama dua lelaki tempatan lain di rumah berkenaan.
Susulan itu, polis menahan ketiga-tiga suspek termasuk bekas suami teman wanita mangsa dan kesemua mereka direman bagi membantu siasatan lanjut.
Tetak lelaki, 2 individu akan didakwa esok
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.