Sindiket Dedi tumpas, 11 ditahan
Sindiket Dedi tumpas, 11 ditahan

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket Dedi yang aktif menjalankan kegiatan penyeludupan migran dalam satu operasi khas di sekitar Johor semalam.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban, berkata sembilan warga Indonesia dan dua warga tempatan berusia antara 25 hingga 47 tahun ditahan dalam operasi pada 10 malam di sekitar Kukup, Skudai dan Batu Pahat.
Beliau berkata menerusi risikan selama tiga minggu, seorang lelaki warga Indonesia yang disyaki sebagai ‘dalang utama’ dikenali sebagai ‘Dedi’ dan dua lelaki warga Indonesia yang disyaki sebagai ‘tekong’ berjaya ditahan.
“Pasukan operasi juga berjaya menahan dua perempuan warga tempatan yang dipercayai sebagai ‘transporter’ dan penjaga premis. Turut ditahan lima lelaki dan seorang perempuan warga Indonesia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata semakan awal mendapati seorang lelaki warga Indonesia telah tinggal lebih masa manakala bakinya tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pas yang sah untuk berada di negara ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
Pasukan operasi menyita lapan unit telefon bimbit, dua naskhah pasport Indonesia, wang tunai berjumlah RM1,173.00 serta sebuah kenderaan jenis Naza Citra dan sebuah bot yang dipercayai untuk mengangkut pendatang tanpa izin.
“Modus operandi sindiket adalah membawa masuk dan keluar warga Indonesia melalui laluan laut ke Johor atau Indonesia dan bayaran sebanyak RM2,100 dikenakan kepada setiap migran oleh sindiket untuk urusan perjalanan ke Johor atau Indonesia,” katanya.
Beliau berkata pendatang tanpa izin yang dibawa masuk akan ditempatkan di sebuah hotel yang dijadikan rumah penampungan untuk mengaburi pihak berkuasa sebelum dibawa masuk dan keluar dari Malaysia.
“Sindiket ini dipercayai telah beroperasi sejak enam bulan lepas.
“Jabatan ini komited untuk membanteras sindiket penyeludupan manusia dalam menguatkuasakan undang-undang demi menjaga keselamatan dan kedaulatan negara,” katanya.
Zakaria berkata kesemua yang ditahan dibawa ke Pejabat Imigresen di Setia Tropika, Johor untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat antaranya di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63. – BERNAMA
Sindiket Dedi tumpas, 11 ditahan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.