Remaja hilang selepas keluar rumah
Remaja hilang selepas keluar rumah

SUBANG: Seorang remaja lelaki dilaporkan hilang selepas keluar rumah di Taman Puchong Utama, Puchong di sini, sejak lima hari lalu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, berkata laporan kehilangan dibuat ahli keluarganya semalam.
“Remaja terbabit, Freddy Lee Hong Dee berusia 15 tahun kali terakhir dilihat keluar dari rumah jam 2.15 pagi, pada 23 Mei lalu.
“Siasatan mendapati remaja yang masih bersekolah itu sudah beberapa kali keluar rumah dan akan pulang semula ke rumah selepas sehari atau dua hari,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Wan Azlan berkata, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai remaja itu supaya tampil menyalurkannya kepada polis.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
Katanya, remaja hilang berkenaan mempunyai kulit cerah, berketinggian kira-kira 175 sentimeter dengan berat badan kira-kira 90 kilogram.
Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Inspektor B Vanitha di talian 017-2229832 atau 03-78627222 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Remaja hilang selepas keluar rumah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.