Polis sedang kenal pasti identiti mayat kanak-kanak ditemui di Sungai Skudai

Polis sedang kenal pasti identiti mayat kanak-kanak ditemui di Sungai Skudai

Polis sedang kenal pasti identiti mayat kanak-kanak ditemui di Sungai Skudai
Mayat seorang kanak-kanak ditemui terapung di sungai di Taman Sutera Ahad lalu. – Foto media sosial.

JOHOR BAHRU: Polis sedang mengenalpasti identiti mayat seorang kanak-kanak ditemui terapung di Sungai Skudai, di belakang sebuah pusat membeli-belah di Jalan Sutera Danga di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, kanak-kanak itu dipercayai berusia antara lima hingga tujuh tahun.

Beliau berkata, mayat kanak-kanak itu ditemukan seorang warga emas berusia 70 yang turut membuat laporan polis bagi memaklumkan perkara itu.

“Identiti kanak-kanak itu masih belum dikenal pasti, dipercayai berusia antara lima hingga tujuh tahun.

“Kanak-kanak berkenaan memakai gelang kaki pada kaki kiri yang mempunyai logo ‘love’ dengan tulisan IV,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP


Beliau berkata, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian mangsa.

“Polis menggesa mana-mana individu yang menyedari kehilangan anak atau ahli keluarga yang seusia mangsa diminta tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang memiliki maklumat terkini berkenaan kes itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara 07-5563122.

Polis sedang kenal pasti identiti mayat kanak-kanak ditemui di Sungai


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR


Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker