PGA rampas rokok tanpa cukai lebih RM2 juta
PGA rampas rokok tanpa cukai lebih RM2 juta

GEORGETOWN: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 6,100 karton rokok pelbagai jenama bernilai lebih RM2 juta yang disyaki tidak bercukai.
Rampasan dilakukan susulan penahanan seorang lelaki dalam satu operasi penguatkuasaan oleh Cawangan Risik Batalion 2 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kulim, Kedah di KM 139.9 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran susur keluar persimpangan Jambatan Pulau Pinang.
Komander Briged Utara PGA Ulu Kinta, Senior Asisten Komisioner Shahrum Hashim, berkata hasil soal siasat mendapati bekalan rokok berkenaan dibawa dari selatan tanah air bagi diedarkan ke pasaran sebelah utara.
Katanya, pihaknya berjaya mengesan pergerakan aktiviti dan modus operandi yang digunakan dalam membawa muatan rokok sebelum diedar kepada peniaga sejak sebulan lalu.
“Kita percaya sudah berjaya mematahkan satu lagi aktiviti sindiket pengedaran rokok yang mengaut keuntungan dengan tidak membayar cukai kepada pihak kerajaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
“Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 135(1)(v)(aa) akta sama.
“Ia memperuntukkan hukuman denda tidak kurang 10 ganda nilai atau RM100,000 (yang mana lebih tinggi) sehingga tidak lebih daripada 20 ganda nilai suapan atau RM500,000 atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Shahrum berkata, pihaknya sedang giat melakukan pengawasan dan rondaan sekitar Perak, Pulau Pinang dan Kedah bagi mengekang aktiviti yang menyalahi undang-undang.
PGA rampas rokok tanpa cukai lebih RM2 juta
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
You must be logged in to post a comment.