Pemain bernilai RM770,000 jaring gol kemenangan Asean All-Stars

Pemain bernilai RM770,000 jaring gol kemenangan Asean All-Stars

Pemain bernilai RM770,000 jaring gol kemenangan Asean All-Stars
MAUNG Lwin (kiri) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan. FOTO AFP

Kuala Lumpur: Dengan hanya berbekalkan nilai pasaran sekitar €150,000 (RM770,000), pemain sayap Myanmar, Maung Maung Lwin mencipta sensasi apabila menjaringkan gol tunggal kemenangan Asean All-Stars ke atas gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United, 1-0 dalam aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Gol pada minit ke-71 itu hadir selepas pemain kelab Thailand, Lamphun Warrior melepaskan rembatan menewaskan penjaga gol Red Devils, Tom Heaton.

Lebih manis, jaringan itu cukup untuk mengejutkan kelab bernilai lebih €850 juta (RM4.3 bilion) dengan pemain seperti Bruno Fernandes, Casemiro dan Harry Maguire.

Untuk perbandingan, Fernandes bernilai €90 juta (RM462 juta) dan Alejandro Garnacho sekitar €45 juta (RM231 juta).

Namun, di atas padang, semangat dan disiplin tinggi pasukan Asean All Star ternyata mengatasi keangkuhan jentera bintang United yang seakan bermain sambil lewa.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP


Kejayaan itu bukan sahaja memberi mesej jelas mengenai potensi bola sepak Asia Tenggara, malah membuktikan bahawa nilai pasaran tidak menjamin kemenangan, sesuatu yang perlu direnung skuad Red Devils yang baru sahaja menamatkan musim paling buruk dalam sejarah kelab.

Pemain bernilai RM770,000 jaring gol kemenangan Asean All-Stars


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker