Ops Dadu: Polis serbu pusat panggilan judi dalam talian, 30 ditahan
Ops Dadu: Polis serbu pusat panggilan judi dalam talian, 30 ditahan

KUALA LUMPUR: Seramai 30 individu ditahan dalam serbuan sebuah pejabat yang disyaki dijadikan pusat panggilan oleh sindiket perjudian dalam talian, di sebuah bangunan komersial di Jalan Tun Razak di sini, hari ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata serbuan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah D7 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju bersama D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, kira-kira jam 11.30 pagi menerusi Op Dadu.
“Seramai 30 individu berusia antara 20 hingga 27 tahun ditahan dalam serbuan itu.
“Mereka terdiri daripada 29 warga tempatan termasuk enam wanita serta seorang wanita warga China, semuanya dipercayai berperanan sebagai pekerja,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, modus operandi sindiket itu adalah mempromosikan aktiviti judi dalam talian kepada warga China menerusi pusat panggilan, dan disyaki beroperasi sejak dua bulan lalu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
“Polis turut mengesan seorang wanita warga China yang dipercayai dalang utama sindiket ini dan masih bebas.
“Siasatan sedang dijalankan untuk mengesan suspek berkenaan,” katanya.
Turut dirampas dalam serbuan ialah 30 unit komputer bersama papan kekunci dan tetikus, 60 telefon bimbit, satu kad akses, dua unit router dan satu unit ‘mesh wifi’.
Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
Kesemua tangkapan dibawa ke IPD Wangsa Maju untuk proses dokumentasi dan tindakan lanjut.
Ops Dadu: Polis serbu pusat panggilan judi dalam talian, 30 ditahan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.