Mayat lelaki ditemui terapung di Sungai Kampung Paya Pasir, Maran
Mayat lelaki ditemui terapung di Sungai Kampung Paya Pasir, Maran
MARAN: Lelaki berusia 58 tahun ditemui lemas di kawasan sungai berdekatan pam pasir di Kampung Paya Pasir, petang tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang dalam kenyataan hari ini, memaklumkan mayat mangsa ditemukan nelayan dalam keadaan terapung pada kira-kira 3 petang.
Beliau berkata pihaknya menggunakan sebuah bot aluminium untuk mengambil jasad mangsa yang terapung dan tersangkut di timbunan kayu sebelum menyerahkannya kepada polis untuk siasatan lanjut.
“Operasi turut menghadapi kesukaran untuk menurunkan bot disebabkan oleh keadaan kawasan berpasir jerlus,” katanya sambil menambah seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Maran terbabit dalam operasi itu.
Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai pula berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
Mayat lelaki ditemui terapung di Sungai Kampung Paya Pasir, Maran
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.