Suami menangis, kasihan lihat isteri kesakitan bersalin

Suami menangis, kasihan lihat isteri kesakitan bersalin

Suami menangis, kasihan lihat isteri kesakitan bersalin
SEORANG suami menangis apabila isterinya sedang bersalin. – Foto Instagram/Ummul Khair Fatma

NEW DELHI – Satu rakaman video penuh emosi memaparkan seorang lelaki menangis ketika isterinya mengalami sakit bersalin semasa melahirkan anak mereka di sebuah hospital di negeri Uttar Pradesh, lapor portal berita Free Press Journal kelmarin.

Klip video itu dikongsi di platform Instagram oleh Dr. Ummul Khair Fatma iaitu pakar sakit puan popular berpangkalan di Prayagraj dan mempunyai lebih 1.6 juta pengikut.

Ketika lelaki itu mengakui betapa beratnya kesakitan yang akan dialami isterinya, dia jelas terharu dan mula menangis di hadapan kakitangan perubatan.

Dalam video itu, doktor itu dengan lembut bertanya kepadanya: “Sebesar mana anda menyayanginya?”

Dia menjawab dengan linangan air mata: “Saya sangat sayangkan dia”.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP


Reaksinya yang mencerminkan simpati dan kasih sayangnya terhadap isterinya itu mendapat komen daripada netizen.

“Lelaki seperti ini berhak mendapat kebahagiaan dalam hidup,” kata seorang netizen. – AGENSI

Suami menangis, kasihan lihat isteri kesakitan bersalin

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker