Pengarah syarikat rugi RM1.47 juta terpedaya pelaburan tidak wujud
Pengarah syarikat rugi RM1.47 juta terpedaya pelaburan tidak wujud

IPOH: Pengarah syarikat kerugian RM1.4 juta selepas diperdaya sindiket penipuan pelaburan tidak wujud selepas ditawarkan sebagai rakan kongsi berkaitan pelaburan perdagangan.
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, laporan diterima daripada mangsa lelaki warga emas berusia 75 tahun Ahad lalu yang mendakwa ditipu sindiket beroperasi secara dalam talian.
Katanya, mangsa mula dihubungi seorang wanita ahli sindiket itu sejak 15 April lalu menawarkan mangsa menjadi rakan kongsi satu syarikat untuk membeli barang daripada syarikat yang berada di luar negara.
Menurutnya, mangsa bersetuju dengan tawaran sindiket itu selepas membuat semakan status syarikat, yang didapati ia sudah beroperasi sejak tahun 1989.
Beliau berkata, mangsa kemudiannya diminta untuk muat turun satu aplikasi bernama SVH Shop iaitu barang jenama mewah, di mana kononnya mangsa akan memperoleh 30 peratus komisyen jika pelanggan membeli barang, namun memerlukan mangsa membayar harga barangan itu terlebih dahulu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
“Pengadu (mangsa) kemudian membayar wang pendahuluan sebanyak RM22,122 melalui mesin deposit tunai (CDM) ke akaun Maybank atas nama sebuah syarikat.
“Percaya dengan pulangan itu, pengadu memasukkan wang keseluruhannya berjumlah lebih RM1.47 juta ke dalam enam akaun bank berbeza atas nama syarikat secara pindahan dalam talian dan juga hadir ke kaunter bank,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Menurutnya lagi, mangsa akhinya sedar ditipu apabila tidak menerima sebarang pulangan terhadap wang yang dipindahkan itu bagi tempoh bermula 17 April hingga 16 Mei 2025.
Kata Noor Hisam, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Pengarah syarikat rugi RM1.47 juta terpedaya pelaburan tidak wujud
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.