CEO Batu bebas dengan jaminan – Polis

CEO Batu bebas dengan jaminan – Polis

CEO Batu bebas dengan jaminan - Polis

KUALA LUMPUR: Seorang pempengaruh media sosial dikenali sebagai ‘CEO Batu’ yang disiasat berhubung hantaran mesej berunsur lucah terhadap seorang remaja perempuan berusia 14 tahun, dibebaskan dengan jaminan polis, hari ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan ketika dihubungi, mengesahkan perkara itu.

“Kes masih dalam siasatan dan lelaki berusia 22 tahun itu dibebaskan dengan jaminan polis hari ini,” katanya.

Pada 22 Mei lalu, suspek ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak sebelum direman selama empat hari sehingga Isnin lalu.

Tempoh reman kemudian disambung sehari lagi bagi membantu siasatan lanjut.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP

Polis sebelum ini memaklumkan bahawa perbuatan suspek terhadap mangsa dipercayai bermula sejak awal Mei lalu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(e) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

CEO Batu bebas dengan jaminan – Polis


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker