Pencuri betik lunyai dipukul penduduk

Pencuri betik lunyai dipukul penduduk

Pencuri betik lunyai dipukul penduduk
Suspek dipukul beramai-ramai oleh penduduk. – Istimewa

JAKARTA – Seorang pencuri di Kendari, wilayah Sulawesi Tenggara dibelasah beramai-ramai oleh penduduk setempat selepas ditangkap mencuri buah betik dan ayam, lapor laman berita Detik.

Menurut Komander Pasukan I Patroli Perintis Presisi, Direktorat Keselamatan dan Ketenteraman Polis Wilayah Sulawesi Tenggara, Boy Sagita, suspek yang berusia 28 tahun sudah ditangkap.

Bagaimanapun, Boy berkata, seorang rakan subahat suspek sempat melarikan diri dan masih bebas.

“Kami sudah menangkap seorang suspek selepas dia dipukul orang ramai,” katanya.

Tambah Boy, suspek yang ditangkap mencuri betik di kebun penduduk, manakala seorang lagi melarikan ayam.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP


“Pemilik ayam mendapat tahu hal itu, namun suspek kedua sempat melarikan diri. Hanya pelaku pertama yang sempat ditangkap dan dipukul penduduk,” jelasnya.

Suspek yang ditangkap cedera pada kepala, manakala polis masih memburu suspek kedua. – AGENSI

Pencuri betik lunyai dipukul penduduk


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker