Pemuda maut motosikal bertembung pacuan empat roda di Jalan KB-KT
Pemuda maut motosikal bertembung pacuan empat roda di Jalan KB-KT

KUALA NERUS: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di Kilometer 28.8, Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu, dekat Kampung Sungai Ikan, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, Muhammad Alif Danial Mat Zain, 25, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata kemalangan berlaku ketika lelaki berusia 32 tahun yang memandu Toyota Hilux dalam perjalanan dari arah Wakaf Tapai, Marang menghala ke Permaisuri, Setiu.
Katanya, pada masa sama, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC pula dari arah Kelantan menghala ke Kuala Terengganu.
“Siasatan awal mendapati ketika Toyota Hilux sedang bergerak tiba-tiba sebuah motosikal yang datang dari arah bertentangan terbabas masuk ke laluannya menyebabkan dua kenderaan itu bertembung.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA) untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Azli berkata pemandu Toyota Hilux tidak mengalami sebarang kecederaan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Pemuda maut motosikal bertembung pacuan empat roda di Jalan KB-KT
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
You must be logged in to post a comment.