`Bang, sebut Allah. Abang kuat bang, Laililahaillah’
`Bang, sebut Allah. Abang kuat bang, Laililahaillah’

ALOR GAJAH: Suasana pilu menyelubungi tempat kemalangan di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), dekat Kampung Sungai Petai, di sini, petang tadi, apabila seorang lelaki sedaya upaya cuba menyedarkan mangsa kemalangan yang maut tercampak di dalam longkang.
“Bang, sebut Allah. Abang kuat bang, Laililahaillah. Ingat bang, bangun bang,” kedengaran jeritannya menerusi video tular berdurasi 28 saat memaparkan detik pilu dalam nahas membabitkan kereta Perodua Kembara dan bas henti-henti itu.
Difahamkan video itu dirakam orang awam yang berada di lokasi kejadian sebelum pasukan penyelamat tiba dan tular di media sosial.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafidzatullah Rashid berkata pihaknya menerima laporan kejadian jam 5.21 petang.
Katanya, seramai enam anggota dan sebuah jentera digegaskan ke lokasi untuk operasi menyelamat dan sejurus tiba didapati berlaku kemalangan membabitkan kereta dan bas.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
“Terdapat seorang lelaki berusia 22 tahun cedera manakala seorang lagi mangsa berusia 23 tahun tercampak di dalam longkang dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas kesihatan.
“Mangsa yang cedera dibawa ke hospital menaiki ambulans untuk rawatan sementara mangsa yang meninggal diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dihubungi di sini.
Mohd Hafidzatullah berkata Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Fadil Saidin melaporkan pemandu bas berusia 37 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
`Bang, sebut Allah. Abang kuat bang, Laililahaillah’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
You must be logged in to post a comment.