Perak FC rasmi gantung operasi, selamat tinggal Liga M
Perak FC rasmi gantung operasi, selamat tinggal Liga M

Kuala Lumpur: Tangisan penyokong setia Perak FC kini menjadi nyata apabila kelab bersejarah itu mengumumkan penamatan operasi secara rasmi selepas gagal meneruskan kelangsungan akibat kekangan kewangan yang berpanjangan.
Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan hari ini, pengurusan Perak FC memaklumkan bahawa mereka sudah kehabisan dana selepas tiga tahun mencuba mempertahankan kelab termasuk membayar hutang RM8 juta yang ditinggalkan pengurusan terdahulu serta membelanjakan lebih RM10 juta setahun untuk kos operasi.
“Setiap sen digunakan sepenuhnya untuk gaji pemain, jurulatih serta kakitangan pentadbiran. Namun, selepas pelaburan mencecah RM40 juta, tiada lagi baki untuk meneruskan,” katanya.
Keputusan mengejutkan itu menyaksikan semua pemain termasuk import dihantar pulang, manakala staf dan pemain tempatan diberi pampasan setakat yang termampu dengan baki dana terakhir.
Lebih memilukan, kelab yang pernah gah dengan sejarah kejuaraan itu tidak akan menyertai sebarang pertandingan musim depan, sekali gus membuka ruang kepada pemain dan jurulatih mencari haluan baharu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
“Kami tidak mahu menutup tirai begini, tetapi realitinya dana yang terhad telah membataskan segalanya,” luah pengurusan kelab.
Pengurusan turut menyampaikan penghargaan kepada penyokong setia digelar ‘Yob & Yong’, atas sokongan tidak berbelah bahagi meskipun kelab sering bergelut dalam beberapa musim terakhir.
“Terima kasih kepada semua pemain dan staf atas jasa anda. Ini bukan selamat tinggal, tetapi satu noktah yang perlu kami terima dengan reda,” katanga.
Perak FC kini sedang dalam proses menguruskan peralatan latihan dan baki barangan kelab, selain menunggu dana terakhir daripada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk menyelesaikan komitmen yang masih berbaki.
Penutupan ini menjadi satu tamparan hebat buat bola sepak Perak dan negara yang sekian lama menjadi antara kuasa besar dalam landskap bola sepak negara sejak ditubuhkan pada 1921.
Perak FC rasmi gantung operasi, selamat tinggal Liga M
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.