Pahang Rangers benam KL City 6-2
Pahang Rangers benam KL City 6-2

Kuantan: Pahang Rangers FC melangkah bergaya ke pusingan kedua saingan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) Divisyen 1 musim 2025 selepas menewaskan KL City FC 6-2 di Kompleks Sukan Panasonic, Selangor, semalam.
Gol Tok Gajah disumbang oleh Muhammad Razin Rahim pada minit ke-3 diikuti Moura Babista (6′ dan 7′), Filipe De Souza (22′ dan 24′) dan Muhamad Norakmal Norizal (34′).
Ketua jurulatih Pahang Rangers, Luis Fonseca berkata, persembahan bertenaga barisan pemain selain tidak banyak melakukan kesilapan menjadi kelebihan pada Pahang Rangers mencatat kemenangan selesa.
‘Terima kasih pak cik kerana tunjukkan rakyat Malaysia orang baik-baik’
“Saya berpuas hati dengan kemenangan semalam yang akan menjadi pembakar semangat pada pemain untuk terus mencatat kejayaan pada perlawanan akan datang dalam usaha untuk berada pada kedudukan terbaik liga.
“Misi kita pada pusingan kedua MPFL untuk mencatat semua kemenangan pada tujuh perlawanan bagi membuka peluang menjulang kejuaraan liga yang terlepas musim lepas,” katanya, dihubungi di sini semalam.
Pahang Rangers benam KL City 6-2
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.