Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
Teka-teki siapakah yang akan dinobatkan sebagai Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti tersebut sudah pun terjawab.
Seperti yang diduga, Nurul Izzah berjaya menumbangkan Rafizi Ramli dengan majoriti yang agak besar.
Nurul Izzah memperolehi 9,803 undi untuk menewaskan Rafizi Ramli yang hanya mampu meraih 3,866 undi.
Secara kiraan kasar, Nurul Izzah menang dengan majoriti hampir 6,000 undi.
Tetapi seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan data jumlah undi yang diperolehi oleh kedua-dua mereka.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti Dr Zaliha Mustafa, kira-kira 15,000 orang perwakilan akan membuang undi sama ada secara atas talian dan fizikal.
Kalau dicampurkan undi yang diperolehi Nurul Izzah dan Rafizi, jumlahnya hanyalah sekitar 13,000 undi.
Ke manakah perginya lebih dari 3,000 undi tersebut?
Adakah kerana perwakilan membuat undi protes dengan tidak mengundi?
Atau ada sesuatu yang hanky panky sudah berlaku dalam proses pengiraan undi?
Kalau ahli PKR yang layak mengundi membuat undi protes dengan tidak mengundi, kenapa mereka berpendirian sebegitu?
Apakah PKR kini sudah mengalami defisit kepercayaan dan sokongan dari ahli mereka sendiri?
Cabaran Terbesar PKR Menjelang PRU 16
Dengan ternobatnya Nurul Izzah sebagai Timbalan Presiden PKR, secara rasminya PKR kini akan berhadapan dengan peluru noepotisme dari musuh politik mereka.
Parti yang menggelarkan diri mereka sebagai parti rakyat dan parti reformasi kini menghadapi tugas berat untuk menangkis serangan dari musuh mereka.
Sudah pasti, peluru parti anak beranak, parti yang mengamalkan neopotisme akan di keluarkan oleh musuh politik PKR.
Apakah strategi kepimpinan baharu PKR untuk menangkis serangan tersebut?
Sekiranya PKR adalah parti picisan di dalam kerajaan, kesannya mungkin tidak akan dirasai sangat oleh parti sekutu di dalam Kerajaan Perpaduan.
Tetapi PKR adalah parti tunggak di dalam Kerajaan Perpaduan, tempiasnya tidak dapat tidak, pasti akan dirasai oleh parti sekutu di dalam Kerajaan Perpaduan.
Akan timbul juga persoalan di kalangan parti sekutu PKR, apakah PKR sedang merancang untuk mewarisi jawatan Perdana Menteri?
Dari anak turun ke bapa?
Benar, Nurul Izzah dipilih secara sah oleh perwakilan yang mengundi beliau.
Tetapi apakah sepanjang proses tersebut tidak ada campurtangan dari tangan ghaib?
Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
Di Syorkan Untuk Anda:
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
You must be logged in to post a comment.