Maresca ‘sekolahkan’ pengkritiknya
Maresca ‘sekolahkan’ pengkritiknya

Nottingham: Enzo Maresca melancarkan serangan pedas terhadap pengkritik Chelsea selepas pasukannya mengesahkan tempat ke Liga Juara-Juara (UCL) menerusi kemenangan 1-0 ke atas Nottingham Forest awal pagi tadi.
Jaringan Levi Colwill pada minit ke-50 sudah memadai untuk memastikan kepulangan Chelsea ke kejohanan kelab paling berprestij di Eropah selepas dua musim tidak beraksi.
The Blues menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di tangga keempat, sekali gus memusnahkan impian Forest yang sekadar berpuas hati di tempat ketujuh untuk menamatkan musim dalam kelompok lima terbaik.
Chelsea kini berpeluang menoktahkan musim pertama yang cukup manis di bawah kendalian Maresca dengan kejuaraan Liga Konferensi UEFA apabila turun menentang Real Betis dalam aksi final di Poland pada Rabu.
Mereka menyasarkan untuk mencipta sejarah sebagai kelab pertama memenangi kesemua tiga kejohanan anjuran UEFA selepas kejayaan terdahulu dalam UCL dan Liga Europa.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
Namun, meskipun mencatat kejayaan itu, Maresca tidak terlepas daripada kecaman. Taktik konservatif yang diterapkannya sering mendapat sorakan sinis daripada sebahagian penyokong yang kecewa.
Bagaimanapun, selepas berjaya membawa skuad termuda dalam sejarah EPL ke UCL Maresca tidak teragak-agak untuk ‘menyekolahkan’ pengkritiknya.
“Saya tidak pernah ragu dengan pemain saya. Saya katakan dari awal lagi, yang ragu cuma mereka di luar sana.
“Semua yang rasa mereka ada jawapan, yang rasa mereka tahu segalanya, mereka kata kami terlalu muda, tidak cukup bagus.
“Mereka kata kami tak mampu menang di tempat lawan sebab kami kurang pengalaman.
“Malangnya untuk mereka, semuanya salah. Mereka yang rasa mereka betul, ternyata silap.
“Dalam bahasa Inggeris kita cakap ‘F Off’ kepada semua tu. Pemain saya layak mendapat penghormatan. Saya dah cakap sebelum ini, mereka memang hebat,” katanya lantang.
Maresca, yang baru musim lalu membawa Leicester kembali ke EPL dan kini berada di musim keduanya sebagai pengurus, menegaskan bahawa kedudukan lima teratas itu wajar diberi penghargaan.
Maresca ‘sekolahkan’ pengkritiknya
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
You must be logged in to post a comment.