Legenda Real Madrid, Alonso kembali sebagai jurulatih
Legenda Real Madrid, Alonso kembali sebagai jurulatih

Madrid: Real Madrid melantik Xabi Alonso untuk menggantikan Carlo Ancelotti sebagai ketua jurulatih, hari ini dan bekas pemain tengah Sepanyol itu akan mengambil alih tugas bermula 1 Jun untuk memimpin pasukan di Piala Dunia Kelab.
“Xabi Alonso akan menjadi jurulatih Real Madrid untuk tiga musim akan datang, dari 1 Jun 2025 hingga 30 Jun 2028,” kata kelab itu dalam satu kenyataan.
Dengan jurulatih veteran Itali, Ancelotti, bakal mengemudi skuad kebangsaan Brazil, Madrid mencapai persetujuan dengan Alonso, yang sebelum ini sering dikaitkan dengan kelab itu sejak beberapa bulan lalu.
Alonso, 43, akan meninggalkan kelab Jerman, Bayer Leverkusen, pada penghujung musim Bundesliga selepas menamatkan saingan di tempat kedua.
“Alonso adalah salah seorang legenda utama Real Madrid dan juga bola sepak dunia,” tambah kenyataan Los Blancos.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
“Beliau pernah menyarung jersi kami dalam 236 perlawanan antara tahun 2009 hingga 2014. Sepanjang tempoh itu, beliau sudah memenangi enam trofi,” katanya kenyataan itu lagi.
Jurulatih dari Basque itu membawa Leverkusen memenangi kejuaraan liga dan Piala Jerman pada musim 2023-2024, dengan rekod tanpa kalah dalam saingan liga utama – menjadikannya buruan kelab-kelab gergasi Eropah.
Alonso juga mempunyai perjanjian dengan Leverkusen yang membenarkannya meninggalkan kelab itu jika salah satu bekas pasukannya seperti Madrid, Liverpool atau Bayern Munich mahu melamarnya sebagai jurulatih.
Kempen musim ini agak mengecewakan buat Madrid di bawah Ancelotti, apabila mereka hanya memenangi Piala Super Eropah dan Piala Antara Benua, tetapi tersingkir di peringkat suku akhir Liga Juara-Juara selepas tewas kepada Arsenal.
Barcelona menewaskan Real Madrid dalam perlawanan akhir Piala Super Sepanyol dan Copa del Rey, sebelum merampas semula takhta La Liga daripada seteru utama mereka, sekali gus menyaksikan Madrid gagal memenangi sebarang trofi utama musim ini.
Legenda Real Madrid, Alonso kembali sebagai jurulatih
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.