City, Chelsea, Newcastle ke UCL

City, Chelsea, Newcastle ke UCL

City, Chelsea, Newcastle ke UCL
CITY sahkan tempat ke UCL selepas menewaskan Fulham. -FOTO Reuters

Manchester: Manchester City, Chelsea dan Newcastle mengesahkan slot ke Liga Juara-Juara (UCL) musim hadapan ketika Liverpool meraikan kejayaan menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas seri 1-1 menentang Crystal Palace dalam aksi penutup musim yang penuh dramatik semalam.

Kejuaraan liga ke-20 buat Liverpool yang menyamai rekod serta penyingkiran Ipswich, Leicester dan Southampton sudahpun dimuktamadkan lebih awal, sekali gus tumpuan beralih kepada perebutan tempat ke kejohanan Eropah.

Liverpool dan Arsenal sudahpun mengesahkan tempat ke UCL selepas menamatkan saingan di dua kedudukan teratas, manakala Tottenham akan turut serta selepas muncul juara Liga Europa pada Rabu lalu.

City memastikan musim yang mengecewakan tidak berakhir dengan yang lebih buruk apabila menamatkan saingan di tempat ketiga selepas menewaskan Fulham 2-0, sekali gus melayakkan diri ke kejohanan elit Eropah buat musim ke-15 berturut-turut.

Jaringan sepakan gunting Ilkay Gundogan dari jarak dekat membuka tirai jaringan untuk skuad kendalian Pep Guardiola sebelum Erling Haaland menggandakan kelebihan menerusi sepakan penalti.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP


“Ia bukan musim yang sempurna, tetapi kami akan beraksi di UCL musim depan,” kata Guardiola.

Chelsea pula menamatkan impian Nottingham Forest untuk kembali ke pentas UCL buat kali pertama sejak bergelar juara Eropah pada tahun 1980.

Levi Colwill menyudahkan hantaran lintang Pedro Neto untuk menjaringkan gol tunggal perlawanan dalam kemenangan 1-0 di City Ground, sekali gus memastikan kedudukan keempat milik The Blues.

“Kami membawa kelab ini kembali ke tempat sepatutnya,” kata pengendali Chelsea, Enzo Maresca.

Forest terpaksa berpuas hati di tangga ketujuh dan akan beraksi dalam saingan Liga Konferensi UEFA.

Newcastle hampir terlepas tempat dalam kelompok lima teratas selepas tewas 0-1 kepada Everton di laman sendiri.

Tandukan Carlos Alcaraz menghadiahkan tiga mata penuh buat skuad The Toffees di Tyneside.

Namun begitu, The Magpies kekal di tangga kelima berdasarkan perbezaan jaringan selepas Aston Villa tewas 0-2 kepada Manchester United dalam perlawanan yang penuh kontroversi.

City, Chelsea, Newcastle ke UCL

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker