Warga emas maut jatuh perigi

Warga emas maut jatuh perigi

Warga emas maut jatuh perigi
Wanita warga emas meninggal dunia dipercayai terjatuh perigi di Kampung Lumpur, Alor Pasir, Pasir Mas hari ini. – Foto ihsan bomba

PASIR MAS: Seorang wanita warga emas meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh perigi di Kampung Lumpur, Alor Pasir, hari ini.

Mangsa, Hasmah Hussin, 79, yang dibawa naik dari perigi oleh orang awam disahkan meninggal dunia oleh kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Wakaf Bharu, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Zain Abu Hassan berkata enam pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wakaf Bharu dibantu BBP Pasir Mas dihantar ke lokasi sebaik menerima panggilan kejadian.

“Sebaik tiba, mangsa sudah dikeluarkan dari perigi dengan bantuan orang awam, sebelum mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Warga emas maut jatuh perigi

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker