Waran tangkap terhadap wanita muat naik sijil nikah palsu kait keluarga diraja
Waran tangkap terhadap wanita muat naik sijil nikah palsu kait keluarga diraja

KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang dikaitkan dengan kes memuat naik sijil nikah palsu di media sosial membabitkan ahli keluarga diraja, dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
Persana Avril Sollunda, 43 yang beralamat di Kota Kinabalu, Sabah sepatutnya didakwa dengan pertuduhan memulakan komunikasi palsu berkenaan ahli keluarga diraja itu hari ini.
Difahamkan, pendakwaan yang akan dikenakan adalah mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia kerana memuat naik sijil perkahwinan palsu dengan niat mengganggu orang lain.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amir Haniff Ahijman, pada awal prosiding memaklumkan kepada mahkamah wanita terbabit tidak hadir.
Muhammad Amir berkata, berdasarkan maklumat pegawai penyiasat, wanita itu tiada di mahkamah bagi mendengar pertuduhan dibacakan terhadapnya pada jam 9 pagi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
“Pegawai penyiasat memohon saman kehadiran mahkamah dari Mahkamah Majistret di sini bagi mengarahkan Persana Avril hadir menghadapi pertuduhan ke atasnya dan dia sendiri telah menandatangani saman pada 29 April lalu.
“Bagaimanapun, oleh kerana dia tidak hadir ke mahkamah hari ini, pendakwaan memohon satu waran tangkap dikeluarkan terhadapnya,” katanya.
Waran tangkap terhadap wanita muat naik sijil nikah palsu kait keluarga diraja
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.