Tiga sesak nafas pangsapuri terbakar
Tiga sesak nafas pangsapuri terbakar

SUNGAI BULOH: Tiga penghuni sebuah unit pangsapuri sesak nafas apabila kediaman mereka di Bukit Rahman Putra di sini, terbakar pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata pihaknya menerima panggilan kejadian jam 6.36 pagi.
Menurutnya, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh dengan kekuatan lapan pegawai serta anggota dikejarkan ke lokasi.
“Komander Operasi memaklumkan kebakaran membabitkan sebuah rumah di tingkat 16 bangunan pangsapuri berkenaan.

“Terdapat tiga orang mangsa mengalami sesak nafas dan dapat keluar sebelum pasukan bomba sampai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pasukan segera memadamkan kebakaran dan premis berkenaan musnah 80 peratus.
Tiga sesak nafas pangsapuri terbakar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.