Piala Dunia Kelab penampilan terakhir Modric bersama Real Madrid

Piala Dunia Kelab penampilan terakhir Modric bersama Real Madrid

Piala Dunia Kelab penampilan terakhir Modric bersama Real Madrid
LUKA Modric. FOTO Agensi

Madrid: Pemain tengah Real Madrid dari Croatia, Luka Modric akui akan meninggalkan kelab gergasi Sepanyol itu selepas berakhirnya saingan Piala Dunia Kelab bulan depan.

“Dalam hidup ada permulaan dan pengakhiran…pada hari Sabtu ini saya akan bermain perlawanan terakhir saya di Santiago Bernabeu,” kata Modric, 39, dalam satu catatan di Instagram.

“Saya pergi dengan rasa sedih, penuh dengan rasa bangga, rasa syukur dan kenangan yang tidak dapat dilupakan.

“Selepas Piala Dunia Kelab, saya tidak lagi akan memakai baju ini di atas padang, saya akan sentiasa menjadi peminat Madrid,” katanya.

Pemain kebangsaan Croatia itu sudah beraksi hamper 600 perlawanan buat Real Madrid sejak menyertai kelab itu pada 2012 dari Tottenham.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ayuh Malaysia, Kita Merajuk


Sepanjang tempoh lebih sedekad itu, dia memenangi enam kejuaraan Liga Juara-Juara dan empat mahkota kejuaraan LaLiga selain trofi lain.

Modric memulakan karier di Madrid agak perlahan namun dia kemudiannya bangkit untuk merebut tempat dalam skuad utama pasukan yang sentiasa dilimpahi dengan bintang itu.

Di atas aksi menakjubkan pada musim 2018 bersama Real Madrid dan membawa Croatia muncul naib juara Piala Dunia di Rusia menyaksian Modric memenangi anugerah Ballon d’Or pada tahun terbabit.

“Sepanjang karier yang penuh kenangan, saya akui cukup puas apabila meraih pelbagai kejayaan dan pencapaian di Bernabeu. Saya sudah mengecapi kesemuanya dan saya amat gembira,” katanya.

Piala Dunia Kelab penampilan terakhir Modric bersama Real Madrid

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker