Piala Arab Fifa 2025 tawar dana hadiah lebih rm170 juta
Piala Arab Fifa 2025 tawar dana hadiah lebih rm170 juta

Doha: Kejohanan Piala Arab Fifa 2025 bakal mencipta sejarah apabila menawarkan dana hadiah terbesar dalam sejarah kejohanan itu, melebihi AS$36.5 juta (RM171 juta), demikian umum Jawatankuasa Penganjur Tempatan (LOC) Qatar semalam.
Pertandingan berprestij yang menghimpunkan skuad kebangsaan lelaki senior dari 22 negara ahli Kesatuan Persatuan Bola Sepak Arab (Uafa) merangkumi Asia dan Afrika itu akan berlangsung dari 1 hingga 18 Disember ini.
“Pengumuman ini sekali gus mengangkat lagi martabat Piala Arab Fifa, satu kejohanan yang kami hidupkan semula pada 2021, dan mencerminkan peranan utama Qatar dalam pembangunan bola sepak serantau serta antarabangsa,” kata Menteri Sukan dan Belia Qatar merangkap Pengerusi LOC, Sheikh Hamad bin Khalifa bin Ahmed Al-Thani dalam satu kenyataan.
Sejak diambil alih oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) pada edisi 2021 daripada Uafa selaku penganjur asal, kejohanan itu terus menunjukkan peningkatan dari segi pengurusan dan ganjaran apabila ketika itu dana hadiah ditawarkan berjumlah AS$25.5 juta (RM120 juta).
Majlis undian bakal berlangsung di Doha pada Ahad ini dengan juara bertahan, Algeria dijangka menjadi antara pilihan utama untuk mempertahankan kejuaraan.
Piala Arab Fifa 2025 tawar dana hadiah lebih rm170 juta
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.