“Merdu Bak Malaikat, Bella Nyanyi Like My Father” – Syed Saddiq

Netizen Dakwa ‘Hint’

“Merdu Bak Malaikat, Bella Nyanyi Like My Father” – Syed Saddiq

“Merdu Bak Malaikat, Bella Nyanyi Like My Father” - Syed Saddiq

Nyanyian penuh emosi dan ketulusan Bella Astillah menerusi lagu Like My Father nyata bukan sekadar hiburan biasa apabila ia turut mencuri perhatian Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abd. Rahman. Dalam satu video dimuat naik oleh Bella di laman Instagram miliknya, Syed Saddiq meninggalkan komen yang cukup ringkas namun bermakna, menggambarkan kekagumannya terhadap vokal ibu tunggal beranak dua itu. “Such an angelic voice (merdu bak suara malaikat),” tulisnya, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat kedua-dua figura popular itu.

“Merdu Bak Malaikat, Bella Nyanyi Like My Father” - Syed Saddiq

 

Walaupun hanya beberapa patah kata, pujian yang dilihat cukup tulus itu dilihat menyimpan makna tersirat. Bukan sahaja memperlihatkan penghargaan Syed Saddiq terhadap bakat seni Bella, malah ia juga membuka ruang spekulasi yang lebih besar dalam kalangan netizen yang sememangnya tidak asing dengan kisah keakraban antara mereka berdua. Lagu Like My Father yang asalnya dinyanyikan oleh Jax membawa mesej mendalam tentang harapan seorang wanita terhadap lelaki idamannya, seseorang yang bukan sahaja mencintai dengan setia, tetapi juga mampu menjadi pelindung seperti ayah kepada ibunya. Maka tidak hairanlah jika ramai beranggapan nyanyian Bella kali ini seperti menyampaikan sesuatu secara tidak langsung.

“Merdu Bak Malaikat, Bella Nyanyi Like My Father” - Syed Saddiq

 

Reaksi netizen pula pantas, dengan pelbagai komen bersifat mengusik mula membanjiri ruangan komen. Ada yang berseloroh mengatakan Bella sudah memberi ‘hint’ yang jelas kepada Syed Saddiq, manakala yang lain menganggap lagu tersebut memang tepat ditujukan kepada beliau. Lucu dan penuh jenaka, ada juga yang membayangkan ahli politik muda itu sedang “guling-guling” malu menerima perhatian sedemikian rupa.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ayuh Malaysia, Kita Merajuk


Dalam kapsyen yang menyertai video tersebut, Bella menyatakan bahawa lagu berkenaan mewakili suara hatinya. Nyanyian tersebut turut mendapat sentuhan penyanyi Daniesh Suffian yang membantu dalam menghasilkan rakaman, menjadikan ia satu persembahan yang begitu menyentuh hati. Keberanian Bella menyampaikan lagu itu dalam gaya tersendiri sekali lagi membuktikan kelebihan serta keluwesan bakatnya dalam dunia seni suara.

 

“Merdu Bak Malaikat, Bella Nyanyi Like My Father” - Syed Saddiq

Hubungan Bella dan Syed Saddiq sememangnya bukan rahsia lagi di mata peminat. Meskipun belum ada sebarang pengesahan rasmi daripada kedua-dua belah pihak mengenai status hubungan mereka, kemunculan bersama dalam pelbagai majlis serta kerjasama dalam beberapa projek telah cukup membuatkan peminat mencipta gelaran ‘BASS’, singkatan daripada Bella Astillah dan Syed Saddiq, yang kini semakin popular di media sosial. Menariknya, kedua-dua keluarga difahamkan tidak mempunyai halangan jika jodoh benar-benar menyebelahi mereka, satu petanda bahawa kisah ini mungkin belum berakhir.

“Merdu Bak Malaikat, Bella Nyanyi Like My Father” - Syed Saddiq

 

Apa yang pasti, nyanyian Bella kali ini bukan sekadar persembahan, tetapi satu bentuk luahan yang penuh emosi. Dan seperti kata orang, jika lagu mampu menceritakan sesuatu yang tidak terucap, mungkin Like My Father adalah jawapan kepada segala tanda tanya yang selama ini bermain di minda ramai.

“Merdu Bak Malaikat, Bella Nyanyi Like My Father” – Syed Saddiq

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker