Kenangan lama masih bersamanya- Yusoff Mahadi

Kenangan lama masih bersamanya- Yusoff Mahadi

Kenangan lama masih bersamanya- Yusoff Mahadi
TIMBALAN Presiden FAM, Datuk Yusoff Mahadi (paling kiri) pada majlis penyerahan tajaan oleh CARSOME kepada FAM. FOTO FB FAM

Kuala Lumpur: Arena bola sepak negara perlu berubah dan mengikut peredaran semasa, kata Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi.

Beliau berkata demikian bagi menjawab kritikan yang dilemparkan legenda bola sepak negara, Datuk Santokh Singh yang menganggap revolusi Harimau Malaya bagaikan tiada identiti.

“Saya hormat Santokh Singh sebagai lagenda negara dan sudah tentu beliau memiliki pandangan tersendiri sebagai orang lama.

“Pada saya, kenangan lama masih bersamanya jadi beliau berkata atas faktor masa dahulu.

“Tetapi masa sekarang ini, bola sepak sudah berubah, kalau kita tidak ikut perubahan ini, saya fikir kita bukan makin maju tapi kita makin mundur.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ayuh Malaysia, Kita Merajuk


“Inilah revolusi bola sepak, jika kita mahu kekal bersaing kita perlu lakukan dan mengikuti perubahan,” katanya ketika ditemui pemberita di CARSOME Automall pada Khamis.

Terdahulu, Santokh menyelar kebergantungan terhadap pemain naturalisasi dan warisan yang beraksi di luar negara sehingga mengetepikan bakat tempatan.

“Apa yang saya mahu katakan, FAM kini Persatuan Bolasepak Mat Salleh.

“Kenapa hanya Mat Salleh di sana? Anda katakan kepada saya apa yang sedang berlaku kepada jurulatih tempatan?

“Di mana jurulatih tempatan kita? Semuanya tersorok kerana anda hanya memberikan mereka peranan sebagai pengarah teknikal, jadi apa yang boleh mereka lakukan?” ujar Santokh.

Kenangan lama masih bersamanya- Yusoff Mahadi

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker