‘Jaga keluarga, adik nak pergi jauh…’

‘Jaga keluarga, adik nak pergi jauh…’

'Jaga keluarga, adik nak pergi jauh...'
Keadaan kereta Produa Kenari dan motosikal yang terlibat dalam kemalangan di simpang empat Kampung Parit Patah, Pontian Johor. – Foto NSTP/Togi Marzuki

PONTIAN: “Tolong jaga keluarga, adik nak pergi jauh”.

Mohammad Taqueuddin Ibrahim Arjunan, 28, menitipkan pesanan itu menerusi mesej beberapa jam sebelum maut dalam nahas dua kenderaan di Kampung Parit Patah di sini, petang semalam.

Abangnya, Mohd Nazarul Ilham, 37, awalnya menyangka pesanan adik bongsunya itu kerana mahu berkonvoi motosikal ke Thailand seperti dirancang sebelum ini.

“Sebelum kemalangan, adik saya yang bekerja sebagai penghantar makanan dalam perjalanan dari Gelang Patah untuk menghantar pesanan ke beberapa lokasi,” katanya yang ditemui di Unit Forensik Hospital Pontian, hari ini.

Katanya, mangsa yang masih bujang sering berkongsi rezeki dengan keluarga walaupun dengan pendapatan sederhana.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ayuh Malaysia, Kita Merajuk

“Mesej terakhir yang ditinggalkan itu membuktikan kasih sayang adik kepada keluarga dan kami reda dengan apa yang berlaku,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib, berkata mangsa yang menunggang motosikal maut dalam kemalangan dengan sebuah kereta Perodua Kenari.

“Mangsa dalam perjalanan dari arah Kampung Parit Selangor menghala bandar Pontian merempuh kereta yang keluar dari simpang kiri jalan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, penunggang motosikal meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu kereta, Muziah Munadi, 57, cedera ringan.

Katanya, mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Pontian untuk bedah siasat manakala pemandu kereta yang juga peniaga makanan menerima rawatan di hospital sama.

Mohammad Shofee berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

‘Jaga keluarga, adik nak pergi jauh…’

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker