Fara Salleh Puji Aiman Tak Kesah Teman Siti Jamumall Pergi Klinik

Fara Salleh Puji Aiman Tak Kesah Teman Siti Jamumall Pergi Klinik

Fara Salleh Puji Aiman Tak Kesah Teman Siti Jamumall Pergi Klinik

Isteri kepada pelawak, Shuk Sahar iaitu Fara Salleh memuji sikap pempengaruh, Aiman Tak Kesah yang masih menjalankan tanggungjawab sebagai suami meskipun kini sedang mempunyai masalah rumah tangga.

Bertanggungjawab

Fara Salleh Puji Aiman Tak Kesah Teman Siti Jamumall Pergi Klinik

Menerusi hantaran di Instagram Story, Fara berkongsi semula video memaparkan Aiman menemani isterinya, Siti Jamumall yang sedang hamil ke sebuah klinik.

Tidak memetik nama mana-mana individu, Fara bagaimanapun berasa kecewa dengan sikap seseorang yang culas menjalankan tanggungjawab sebagai suami serta bapa.

Sekurang-kurangnya dia (Aiman) tahu tanggungjawab. Bukan main lepas gitu saja. Tak ambil tahu perkembangan anak langsung. Ada baik dan beriman la juga budak Aiman ini.

Daripada ada spesis bab* tahu main lepas sperm, lepas tanggungjawab fasal anak pun tak ambil tahu langsung.

Sebelum ini, Fara mendakwa Shuk langsung tidak mengambil tahu mengenai kehamilan anak pertama mereka. Kongsinya, anak yang sedang dihamilkan itu dijangka bakal dilahirkan pada Jun.

Terdahulu, Fara ada berkongsi di Instagram miliknya mengenai Shuk melafazkan cerai talak satu terhadapnya menerusi panggilan telefon ketika berada di Thailand.

Sekadar info, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Fara pada November 2023.

Shuk juga pernah berkahwin dengan Rossa Sera sebelum bercerai pada 22 Mac 2023 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Nur Qurratu Ain, dan Nur Assyifatu Aimi.

Sumber: Instagram

Fara Salleh Puji Aiman Tak Kesah Teman Siti Jamumall Pergi Klinik

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker