Bekas Menantu Ismail Sabri, Jovian Mandagie Bakal Disoal Siasat SPRM
Bekas Menantu Ismail Sabri, Jovian Mandagie Bakal Disoal Siasat SPRM
Nampaknya siasatan berhubung dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semakin hangat apabila bekas menantunya Datuk Jovian Mandagie turut dikaitkan.
Lapor Utusan, Jovian kini menjadi antara saksi terbaru yang akan disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
SPRM bakal ke Indonesia, ambil keterangan Jovian

Namun, Jovian dilaporkan sudah menetap di Indonesia dan dikatakan telah menjadi warganegara negara itu.
Mereka merancang untuk ke Indonesia dalam tempoh satu hingga dua minggu bagi menemui Jovian.
Kita tidak boleh memaksa beliau (Jovian) datang ke sini sebaliknya kita kena pergi jumpa beliau di sana (Indonesia) memandangkan beliau sudah menjadi warganegara negara itu.
Siasatan jangka selesai bulan Jun

Ujar beliau, siasatan terhadap Ismail Sabri dijangka akan selesai pada bulan Jun. Bekas Perdana Menteri itu telah membuat pengisytiharan harta pada 10 Februari lalu dan kini SPRM sedang menganalisis sumber serta aset yang dikaitkan dengannya.
Setakat ini, seramai 57 individu telah dipanggil bagi membantu siasatan kes melibatkan dana promosi dan publisiti program Keluarga Malaysia sepanjang tempoh perkhidmatan Ismail Sabri dari Ogos 2021 hingga November 2022.
Sekiranya terdapat bukti kukuh, SPRM tidak menolak kemungkinan untuk mencadangkan pertuduhan terhadap beliau.
Pssttt! Tak lama lagi kes akan selesai, semoga ada keadilan untuk semua pihak.
Bekas Menantu Ismail Sabri, Jovian Mandagie Bakal Disoal Siasat SPRM
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.