3 Individu termasuk Datuk direman kerana kemuka tuntutan palsu RM48,000

3 Individu termasuk Datuk direman kerana kemuka tuntutan palsu RM48,000

3 Individu termasuk Datuk direman kerana kemuka tuntutan palsu RM48,000
GAMBAR hiasan

ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan reman tiga individu kerana disyaki mengemukakan tuntutan mengandungi butir palsu bagi tender pembekalan makanan pada 2020.

Semua suspek termasuk seorang pengarah urusan syarikat bergelar Datuk dipercayai membuat tuntutan berjumlah RM48,000 untuk tender makanan kepada agensi pasukan keselamatan negara.

Perintah reman selama dua hari sehingga esok, ke atas dua suspek lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 50an dikeluarkan Majistret Nur Syifa Mohd Hamzah selepas mendapat permohonan SPRM.

Menurut sumber, semua suspek ditahan antara jam 4 hingga 5 petang semalam, ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kedah.

“Suspek utama disyaki melakukan perbuatan itu antara 2020 hingga 2023 melibatkan tuntutan pembekalan makanan mentah, basah dan kering kepada pasukan keselamatan negara yang menjalanakan penugasan kawalan di pos barisan hadapan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ayuh Malaysia, Kita Merajuk

“Turut ditahan dua kakitangan syarikat pembekal yang disyaki bersubahat dengan suspek utama dalam menyediakan dan mengemukakan dokumen tuntutan yang dipercayai tiada pembekalan dilakukan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Ahmad Nizam Ismail ketika dihubungi, mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

3 Individu termasuk Datuk direman kerana kemuka tuntutan palsu RM48,000


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker