Suspek wanita simbah asid pengusaha spa ditahan

Suspek wanita simbah asid pengusaha spa ditahan

Suspek wanita simbah asid pengusaha spa ditahan
Lokasi spa yang mana pengusaha spa disimbah asid oleh ‘perempuan berpurdah’ yang menyamar sebagai pelanggan dalam kejadian di Beris Kubur Besar, Bachok. – Foto NSTP

KOTA BHARU: Seorang wanita yang dipercayai terbabit dalam kejadian kes simbah asid terhadap pengusaha spa di Beris Kubur Besar, Bachok, Sabtu lalu, ditahan polis.

Difahamkan wanita berkenaan ditahan jam 10 malam tadi di Kuala Krai.

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Bachok pagi ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman.

Suspek wanita simbah asid pengusaha spa ditahan
Mangsa simbah asid yang juga pengusaha spa, Nor Faziera Muda. – Foto NSTP

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan namun enggan mengulas lanjut.

Katanya, kenyataan terperinci berhubung kes berkenaan akan diberikan oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat.

Dalam kejadian Sabtu lalu, pengusaha spa, Nor Faziera Muda, 27 terpaksa menjalani pembedahan selama enam jam selepas disimbah asid oleh tiga orang berpakaian purdah.

Mangsa yang membuka pintu premis dilaporkan disimbah asid yang diletakkan dalam termos sebelum suspek melarikan diri. Kejadian turut disaksikan anak perempuan mangsa berusia tujuh tahun.

Selasa lalu, Mohamad Ismail berkata, polis sudah mengenal pasti tiga suspek, termasuk dua wanita dipercayai terbabit dalam kes berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya sudah menemui petunjuk baharu berhubung kes berkenaan dan percaya semua suspek masih berada di Kelantan.

Suspek wanita simbah asid pengusaha spa ditahan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker