Skuad B-16 negara raih tempat kelima saingan FIFA Youth Series 2025

Skuad B-16 negara raih tempat kelima saingan FIFA Youth Series 2025

Skuad B-16 negara raih tempat kelima saingan FIFA Youth Series 2025
SEBAHAGIAN aksi skuad B-16 negara ketika menentang Guatemala.

Kuala Lumpur: Skuad harimau cilik negara menamatkan kempen saingan FIFA Youth Series 2025 di Zurich, Switzerland dengan meraih tempat kelima dalam kejohanan itu.

Ia selepas skuad bawah 16 (B-16) tahun kendalian Javier Jorda Ribera itu berjaya melakar kemenangan 1-0 ke atas Guatemala dalam aksi penentuan tempat ke-5 dan ke-6, sebentar tadi.

Jaringan tunggal pasukan negara diraih menerusi rembatan Iman Hapis dari luar kotak penalti pada hujung perlawanan.

Kejayaan menewaskan Guetamala itu pastinya mengubat kekecewaan selepas tumpas dalam dua perlawanan sebelum itu.

Pada aksi pertama Kumpulan B, skuad B-16 negara tumbang 0-1 di tangan Paraguay menerusi jaringan tunggal Jonathan Rolon.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ayuh Malaysia, Kita Merajuk


Kebangkitan yang diharapkan pada perlawanan kedua tidak kesampaian apabila tewas kepada Tunisia dengan 0-2 hasil gol Anas Trimech dan Taieb Mellouli.

Walaupun hanya mencatat satu kemenangan sepanjang tiga aksi di sana, ia dilihat peluang terbaik buat anak buah Ribera meraih pengalaman berguna sebelum mengharungi Kelayakan Piala Asia B-17 nanti.

Skuad B-16 negara raih tempat kelima saingan FIFA Youth Series 2025

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker