Reina akhiri karier diusia 42 tahun

Reina akhiri karier diusia 42 tahun

Reina akhiri karier diusia 42 tahun
PEPE Reina. FOTO Agensi

Rome: Aksi berdepan Inter Milan bakal menjadi perlawanan terakhir buat penjaga gol Como, Pepe Reina yang mengumumkan bakal meninggalkan dunia bola sepak profesional diusia 42 tahun.

Bekas penjaga gol Sepanyol dan Liverpool itu mula menyertai Como pada Julai lalu yang dikendalikan Cesc Fabregas.

“Saya tidak pernah menyangka akan menamatkan karier selepas bermain agak lama, namun saya sedar waktu (persaraan) itu akan tiba juga,” katanya di media sosial miliknya.

“Saya bangga dengan apa yang diraih sepanjang bergelar pemain professional. Saya dikelilingi ramai orang yang mahu melihat saya terus berjaya. Saya puas dan gembira dengan apa yang Sudha dicapai,” katanya.

Untuk rekod, Reina mencatatkan hampir 400 perlawanan bersama Liverpool, memenangi Piala FA pada 2006 dan muncul naib juara Liga Juara-Juara selepas tewas di tangan AC Milan pada musim sama.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ayuh Malaysia, Kita Merajuk


Dia juga pernah menjulang Piala Liga bersama The Reds pada musim 2012.

Kemudian Reina membantu Napoli menjuarai Piala Itali dan dia juga adalah sebahagian skuad Sepanyol yang muncul juara Eropah dan Piala Dunia 2010.

Dia juga meraih kejuaraan di Bundesliga ketika bersama Bayern Munich pada 2014-15.

Reina akhiri karier diusia 42 tahun

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker