Pemandu pitam, lori muatan balak terbabas rempuh kereta, kedai makan dan pagar sekolah

Pemandu pitam, lori muatan balak terbabas rempuh kereta, kedai makan dan pagar sekolah

Pemandu pitam, lori muatan balak terbabas rempuh kereta, kedai makan dan pagar sekolah
Lori membawa muatan balak terbabas sehingga merempuh gerai dan pagar sekolah di Besut. – Foto ihsan polis

BBESUT: Sebuah lori membawa muatan kayu balak terbabas merempuh dua kenderaan, sebuah gerai makan serta pagar sekolah di Jalan Pasir Akar-Kampung Oh, di Kampung Pasir Akar, Hulu Besut, hari ini.

Kejadian berlaku ketika lori berkenaan dari arah Keruak, Pasir Akar menuju Kuala Terengganu, dengan punca kejadian dipercayai akibat pemandunya pitam disebabkan mengalami tekanan darah tinggi.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Azamuddin Ahmad @ Abu berkata kejadian berlaku ketika lori melalui jalan berselekoh sebelum terbabas ke bahu jalan sebelah kiri dan terlanggar sebuah kereta Proton Waja serta sebuah Perodua Alza yang sedang parkir.

“Lori turut merempuh sebuah gerai makan dan pagar Sekolah Kebangsaan Pasir Akar.

“Pemandu lori berusia 48 tahun dibawa ke Hospital Besut oleh ambulans untuk rawatan,” katanya.

Pemandu pitam, lori muatan balak terbabas rempuh kereta, kedai makan dan pagar sekolah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker