Pegawai JPJ maut motosikal rempuh lori terbalik

Pegawai JPJ maut motosikal rempuh lori terbalik

Pegawai JPJ maut motosikal rempuh lori terbalik
Seorang pegawai JPJ Temerloh maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan lori di Kilometer 37 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan, petang tadi. – Foto ihsan IPD Temerloh

TEMERLOH: Seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Temerloh maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 37 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan, petang tadi.

Mangsa, Siti Mariani, 36, yang bertugas di Unit Pendakwaan JPJ Temerloh, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal ditunggangnya melanggar lori yang terbalik di tengah jalan.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.16 petang apabila lori dipandu lelaki berusia 33 tahun terbalik selepas dipercayai cuba mengelak daripada melanggar besi penghadang jalan.

“Mangsa dikatakan tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian tengah lori terbabit dan meninggal dunia di lokasi, manakala pemandu lori cedera pada kedua-dua kaki,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pegawai JPJ maut motosikal rempuh lori terbalik

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker